Saturday, 3 September 2011

Sudikah Kamu Menikahi Ku?

Bernikah? Berkahwin? Pasti menjadi impian semua insan.. Setiap kali menghadiri undangan perkahwinan pasti kita akan melihat kecerian di setiap sudut majlis.. Alhamdullilah.. ALLAH Maha Mengasihi.. Setiap makhluk dijadikan-Nya berpasangan-pasangan. 


Bagi yang masih belum bertemu jodoh, janganlah mengaru kepala atau khuatir.. Janji ALLAH pasti akan tiba.. Bukankah kita hidup atas janji Yang Esa? Namun, ALLAH Maha Bijaksana dalam mengatur setiap makhluk ciptaan-Nya. Kita tidak boleh hanya "menunggu" dan terus "menunggu".. Kita hendaklah berusaha sebaik yang mungkin bagi mendapatkan jodoh.. Jodoh yang baik.. InsyaAllah.. Allah tidak sekali-kali menghampakan hamba-Nya yang berusaha, berdoa dan bertawakal pada-Nya. 


ALLAH SWT berfirman  :


“..Aku perkenankan permohonan orang yang berdoa apabila ia berdoa kepadaKu. Maka hendaklah mereka menyahut seruanku (dengan mematuhi perintahKu), dan hendaklah mereka beriman kepadaKu supaya mereka menjadi baik serta betul".
Surah Al-Baqarah:186


“Berdoalah kamu kepadaKu nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu. Sesungguhnya orang-orang yang sombong takbur daripada beribadat dan berdoa kepadaKu, akan masuk neraka Jahannam dalam keadaan hina.”
Surah Ghafir:55


Bila kita berbicara tentang jodoh yang baik, bermacam-macam kriteria yang pasti diletakkan sebagai definasi "Jodoh Yang Baik" oleh kita.. Namun, sebelum kita melangkah kaki mencari jodoh itu, adalah baik kita berhenti sejenak dan merenung jauh ke dalam diri kita sendiri. Lontarkan soalan ini kepada diri sendiri dan berilah jawapan yang sejujur-jujurnya kerana ALLAH Maha mengetahui.


"Jika aku berjumpa dengan seseorang yang sepeti diriku ini, sudikah aku mengahwininya?"


"Adakah aku mempunyai kriteria jodoh yang baik yang di impikan oleh insan yang soleh sebagai mana aku mengimikan jodoh itu?"


Inilah pokok persoalan yang sebenar. Ramai dari kita tidak menyedari pokok persoalan ini. Kita sering mendambakan sesuatu dan berusaha mendapatkannya. Bak kereta, perlu di mulakan dengan gear satu barulah kereta boleh bergerak dan terus ke gear yang berikut.


Dengan itu sebagai langkah yang paling awal, kita hendaklah memulakan dalam diri kita. Janji ALLAH sudah termaktub, Lelaki yang baik untuk perempuan yang baik.. ALLAH sekali-kali tidak akan menganiayai hamba-Nya dengan menjodohkan kita dengan orang yang tidak setara baiknya dengan kita, Jika jodoh kita kurang baik dari kita, sesungguhnya ALLAH sedang menaikkan taraf kita disisi-Nya dengan ujian itu. Yakinlah dengan janji ALLAH dalam firman-Nya :



"Bahkan sesiapa yang menyerahkan dirinya pada ALLAH (mematuhi perintah-Nya) sedang dia pula berusaha supaya baik amalannya disisi Tuhannya dan tidaklah ada kebimbangan (dari berlakunya kejadian yang tidak baik) terhadap mereka dan mereka pula tidak akan berdukacita". 
Surah Al-Baqarah :212



Nabi Muhammad SAW berpesan pada kita tentang mencari pasangan.


"Perempuan dinikahi karena empat faktor. Karena hartanya, nasabnya, kecantikannya dan karena agamanya. Maka menangkanlah wanita yang mempunyai agama, engkau akan beruntung." 


Hadis tersebut diriwayatkan oleh Bukhari, Muslim, al-Nasa’i, Abu Dawud Ibn Majah Ahmad ibn Hanbal, dan al-Darimi dalam kitabnya dari sahabat Abu Hurairah ra. Berusahalan menjadi jodoh yang bai, InsyaAllah jodoh kita juga akan baik.