Pesanan Luqman kepada anaknya, "Sepanjang hidupku, aku hanya memilih 8 kalimah dari pusaka para Nabi yang lalu iaitu:"
1. Apabila engkau sedang solat kepada Allah SWT maka jagalah baik-baik fikiran mu.
2. Apabila engkau berada di rumah orang lain, maka jagalah pandangan mu.
3. Apabila engkau berada di tengah-tengah majlis maka jagalah lidah mu.
4. Apabila engkau hadir dalam jamuan makan maka jagalah perangai mu.
5. Ingat kepada Allah SWT
6. Lupakan budi baik mu pada orang lain.
7. Lupakan semua kesalahan orang lain terhadap mu.
8. Ingat kepada mati.
Mendengar berita jurukamera BERNAMA TV yang meninggal dunia akibat terkena tembakan curi semasa menjalankan tugas misi bantuan kemanusian di wilayah bergolak Somalia membuatkan hati saya terusik. Takziah buat keluarga Allahyarham Noramfaizul Mohd Nor. Semoga roh allahyarham ditempatkan bersama orang-orang yang beriman.Al-Fatihah.
Setiap yang bernyawa pasti akan tiba masanya pulang kepada pencipta-Nya. Dan tidak akan terduga oleh kita bila dan di mana kematian akan menjemput. Janji itu pasti akan menemui kita, tidak akan tercepat walau sedetik dan tidak akan terlambat atau tertangguh walau sedetik cuma. Allah berfirman :
“Dan tiada seorang pun yang dapat mengetahui (dengan pasti) apa yang akan diusahakannya besok. Dan tiada seorang pun yang dapat mengetahui di bumi mana ia akan mati. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal.”
Surah Luqman:34
Setiap dari kita pasti sentiasa memikirkan soal masa depan. Berusaha atau setidak-tidaknya punya impian untuk masa hadapan. Namun ramai dari kita yang leka tentang masa depan yang sebenar. Masa depan yang sebenar bukanlah kereta dan rumah apa yang kita miliki lagi 5,10 atau 20 tahun akan datang. Jawatan apa yang kita ingin dan bakal sandang, penghoramatan yang bagaimana kita dambakan. Kita selalu terleka. Kita selalu terlupa. Masa depan yang sebenar adalah siapa kita di akhirat sana. Apa kedudukan kita di sana. Adakah buku catitan amalan kita akan di berikan pada tangan kanan ataupun sebaliknya. Kerana kehidupan yang kekal abadi adalah di sana. Kejayaan yang sebenar adalah kejayaan di sana.
Manusia yang bijak, adalah manusia yang akan mempersiapkan dirinya untuk perjalanan akhirat. Berusaha sekeras yang mungkin bagi mendapat redha Illahi supaya kelak di akhirat dia mampu tersenyum lantaran bekalnya yang cukup dan masa depan yang "cerah" di sisi Allah.
“Dan sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dari suatu saripati (berasal) dari tanah. Kemudian Kami jadikan saripati itu air mani (yang disimpan) dalam tempat yang kukuh (rahim). Kemudian air mani itu Kami jadikan segumpal darah, lalu segumpal darah itu Kami jadikan segumpal daging, dan segumpal daging itu Kami jadikan tulang-belulang, lalu tulang-belulang itu Kami bungkus dengan daging. Kemudian Kami jadikan dia mahluk yang (berbentuk) lain. Maka Mahasuci Allah, Pencipta Yang Paling Baik. Kemudian, sesudah itu, sesungguhnya kamu sekalian benar-benar akan mati. Kemudian, sesungguhnya kamu sekalian akan dibangkitkan (dari kuburmu) di Hari Kiamat,”
Surah Al-Mukminun:12-16
Semoga kita akan berusaha lebih keras bagi menjalani masa depan kita di akhirat. Berusahalah sementara kita masih punya kesempatan. Semoga dalam setiap detak jantung kita, dalam setiap hirup nafas kita menyakini dan berusaha, dari ALLAH kita datang dan kepada-Nya jua kita akan kembali.
Bernikah? Berkahwin? Pasti menjadi impian semua insan.. Setiap kali menghadiri undangan perkahwinan pasti kita akan melihat kecerian di setiap sudut majlis.. Alhamdullilah.. ALLAH Maha Mengasihi.. Setiap makhluk dijadikan-Nya berpasangan-pasangan.
Bagi yang masih belum bertemu jodoh, janganlah mengaru kepala atau khuatir.. Janji ALLAH pasti akan tiba.. Bukankah kita hidup atas janji Yang Esa? Namun, ALLAH Maha Bijaksana dalam mengatur setiap makhluk ciptaan-Nya. Kita tidak boleh hanya "menunggu" dan terus "menunggu".. Kita hendaklah berusaha sebaik yang mungkin bagi mendapatkan jodoh.. Jodoh yang baik.. InsyaAllah.. Allah tidak sekali-kali menghampakan hamba-Nya yang berusaha, berdoa dan bertawakal pada-Nya.
ALLAH SWT berfirman :
“..Aku perkenankan permohonan orang yang berdoa apabila ia berdoa kepadaKu. Maka hendaklah mereka menyahut seruanku (dengan mematuhi perintahKu), dan hendaklah mereka beriman kepadaKu supaya mereka menjadi baik serta betul".
Surah Al-Baqarah:186
“Berdoalah kamu kepadaKu nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu. Sesungguhnya orang-orang yang sombong takbur daripada beribadat dan berdoa kepadaKu, akan masuk neraka Jahannam dalam keadaan hina.”
Surah Ghafir:55
Bila kita berbicara tentang jodoh yang baik, bermacam-macam kriteria yang pasti diletakkan sebagai definasi "Jodoh Yang Baik" oleh kita.. Namun, sebelum kita melangkah kaki mencari jodoh itu, adalah baik kita berhenti sejenak dan merenung jauh ke dalam diri kita sendiri. Lontarkan soalan ini kepada diri sendiri dan berilah jawapan yang sejujur-jujurnya kerana ALLAH Maha mengetahui.
"Jika aku berjumpa dengan seseorang yang sepeti diriku ini, sudikah aku mengahwininya?"
"Adakah aku mempunyai kriteria jodoh yang baik yang di impikan oleh insan yang soleh sebagai mana aku mengimikan jodoh itu?"
Inilah pokok persoalan yang sebenar. Ramai dari kita tidak menyedari pokok persoalan ini. Kita sering mendambakan sesuatu dan berusaha mendapatkannya. Bak kereta, perlu di mulakan dengan gear satu barulah kereta boleh bergerak dan terus ke gear yang berikut.
Dengan itu sebagai langkah yang paling awal, kita hendaklah memulakan dalam diri kita. Janji ALLAH sudah termaktub, Lelaki yang baik untuk perempuan yang baik.. ALLAH sekali-kali tidak akan menganiayai hamba-Nya dengan menjodohkan kita dengan orang yang tidak setara baiknya dengan kita, Jika jodoh kita kurang baik dari kita, sesungguhnya ALLAH sedang menaikkan taraf kita disisi-Nya dengan ujian itu. Yakinlah dengan janji ALLAH dalam firman-Nya :
"Bahkan sesiapa yang menyerahkan dirinya pada ALLAH (mematuhi perintah-Nya) sedang dia pula berusaha supaya baik amalannya disisi Tuhannya dan tidaklah ada kebimbangan (dari berlakunya kejadian yang tidak baik) terhadap mereka dan mereka pula tidak akan berdukacita".
Surah Al-Baqarah :212
Nabi Muhammad SAW berpesan pada kita tentang mencari pasangan.
"Perempuan dinikahi karena empat faktor. Karena hartanya, nasabnya, kecantikannya dan karena agamanya. Maka menangkanlah wanita yang mempunyai agama, engkau akan beruntung."
Hadis tersebut diriwayatkan oleh Bukhari, Muslim, al-Nasa’i, Abu Dawud Ibn Majah Ahmad ibn Hanbal, dan al-Darimi dalam kitabnya dari sahabat Abu Hurairah ra. Berusahalan menjadi jodoh yang bai, InsyaAllah jodoh kita juga akan baik.
Dari Anas RA berkata bahawa ada tujuh macam pahala yang dapat diterima seseorang itu selepas matinya:-
1) Sesiapa yang mendirikan masjid maka ia tetap pahalanya selagi masjid itu digunakan oleh orang untuk beramal ibadat di dalamnya;
2) Sesiapa yang mengalirkan air sungai selagi ada orang yang minum daripadanya;
3) Sesiapa yang menulis mushaf ia akan mendapat pahala selagi ada orang yang membacanya;
4) Orang yang menggali perigi selagi ada orang yang menggunakannya;
5) Sesiapa yang menanam tanam-tanaman selagi ada yang memakannya baik dari manusia atau burung;
6) Mereka yang mengajarkan ilmu yang berguna selama ia diamalkan oleh orang yang mempelajarinya; dan juga
7) Orang yang meninggalkan anak yang soleh yang mana ianya selalu mendoakan kedua orang tuanya dan beristighfar baginya (anak yang selalu diajari ilmu Al-Quran maka orang yang mengajarnya akan mendapat pahala selagi anak itu mengamalkan ajaran-ajarannya tanpa mengurangi pahala anak itu sendiri).
Abu Hurairah RA berkata, Rasulullah SAW telah bersabda; "Apabila telah mati anak Adam itu, maka terhentilah amalnya melainkan tiga macam:-
1) sedekah yang berjalan terus (sedekah amal jariah);
2) ilmu yang berguna dan diamalkan; dan juga
3) anak yang soleh yang mendoakan baik baginya."
Wallahualam bissawab.