Ketawa segala nabi ialah tersenyum, tetapi ketawa segala syaitan ialah tergelak-gelak
DARIPADA Saidina Ali Abi Talib, Rasulullah bersabda: “Bahawa seseorang lelaki yang berkata dengan suatu perkataan supaya orang tertawa, maka sebab yang sedemikian itu, dilemparkan dia di dalam neraka jahanam selama 70 tahun.”
Lukman Al-Hakim mewasiatkan kepada anaknya: “Janganlah engkau terlalu mudah ketawa kalau bukan perkara yang menggelikan hati, jangan menanyakan sesuatu yang tidak ada gunanya bagi diri kamu dan jangan engkau mensia-siakan harta dunia kamu.”
Banyak bercakap atau banyak membuatkan orang ketawa termasuk dalam sifat tercela.
Bukanlah ia bermaksud kita tidak boleh ketawa langsung tetapi ketawalah seperti ketawa nabi, iaitu sekadar menampakkan gigi putihnya dan tidak berbahak-bahak.
Banyak bercakap adalah perbuatan sia-sia, melainkan percakapan itu mendatangkan manfaat dan berpesan-pesan mengenai hal kebaikan antara satu sama lain adalah dituntut.
Saidina Ali Abi Talib berkata bahawa Rasulullah bersabda: “Barang siapa banyak cakapnya, sedikit malunya dan sedikit waraknya (mudah membuat yang haram), matilah hatinya. Maka dia akan hidup berbuat barang sekehendak hatinya.”
Ini bererti hidup mereka penuh dengan kelalaian dan ini menyebabkan hatinya mati, tidak suka atau ingin kepada mengingati Allah melainkan sedikit sangat.
Kepada mereka yang ingin mengambil pengajaran ini, maka elakkan diri kita daripada mengambil mudah perkara yang difikirkan remeh tetapi besar bahayanya.
Oleh itu ambillah panduan daripada Rasulullah iaitu “duduk bersendirian itu lebih baik daripada mendekati orang durjana, sedang bergaul dengan orang yang baik (soleh) itu lebih baik daripada duduk sendirian.”
Maksud hadis di atas ialah hendaklah kita bergaul dengan orang yang banyak mengingati Allah dan hindarkan diri kita daripada orang yang lalai.
Wasiat Lukmah Al-Hakim: “Wahai anakku! bergaul mesralah kamu dengan orang alim dan berilmu. Perhatikan kata-kata nasihat mereka kerana sesungguhnya akan sejuk hati kamu bila mendengarnya. Hidupkan hati kamu dengan cahaya hikmah yang diperoleh daripada mutiara kata-kata alim ulama kerana nasihat mereka bagaikan tanah yang disirami hujan.”
Wednesday, 31 August 2011
Jangan Bersedih..
Jangan bersedih kerana cemuhan, di dalam doa ada kedamaian..
Jangan gundah gelisa kerana kefakiran, di dalam zikir ada kekayaan..
Jangan merana kerana dihinakan, di dalan tahajjud ada kemulian..
Jangan putus asa kerana kelemahan, di dalam munajat ada kemenangan..
Sertakanlah.. Sertakanlah Allah di dalam setiap resah nafas kita..
Bisikkanlah asma-asma Allah dalam setiap detak jantung kita..
Jangan mengeluh kerana disisihkan, di dalam renungan ada kelazatan..
Jangan membalas kerana kehidupan, di dalam istighfar ada jalan keluar..
Sertakanlah.. Sertakanlah Allah di dalam setiap resah nafas kita..
Bisikkanlah asma-asma Allah dalam setiap detak jantung kita..
Jangan merasa hanya kau yang sengsara, masih lebih banyak yang memerlukan dari kita..
Jangan menyerah sebelum benar punah, di dalam syurga teramat indah..
Sertakanlah.. Sertakanlah Allah di dalam setiap resah nafas kita..
Bisikkanlah asma-asma Allah dalam setiap detak jantung kita..
Hati ini
Hati ini..
Hati ini sesungguhnya milik Allah Azza Wa Jalla.. Namun mengapa terlalu sukar hati ini mengikuti perintah dan meninggalkan larangan-Nya?
Hati ini sesungguhnya letih dan lelah.. Letih dek dosa lelah dek maksiat. Ya Allah, sesungguhnya jika kau cabut nyawaku tatkala ini, sesungguhnya aku akan tergolong dalam golongan yang rugi malah celaka. Pasti aku akan menyumpah diriku tatkala janji-Mu tiba. Sungguh celaka diriku!!!.. Astaghfirrullah. Nauzubillah..
Hati ini.. Fahamilah.. Setiap dari kamu akan diiringi ke kubur oleh 3 (Keluarga, harta, & amalan) perkara selepas ruh meninggalkan jasadmu.. Namun 2 (Keluarga & Harta) darinya akan meninggalkan mu sendirian.. Hanya 1 (Amalan) yang akan menjadi teman abadimu..
Hati ini,. Perbanyakkanlah temanmu nan 1 ini.. Sesungguhnya dialah penyelematmu malah redha Allah terhadapmu berkuncikan teman nan 1 ini..
Hati ini.. Getarlah engkau akan panasnya api neraka itu.. Takutlah engkau akan azabnya.. Ngerilah engkau akan perit seksa di dalamnya..
Hati ini.. Rindulah engkau akan luasnya kuburmu.. Dambakanlah engkau akan ihsan Allah SWT tika kau di hadapkan ke mahkamahNya.. Impikanlah syurgaNya..
Sesungguhnya janji Allah Azza Wa Jalla itu HAQ wahai hati ini.. Percayalah wahai hatiku.. Fahamilah wahai hatiku..
Hati ini ketahuilah engkau sesungguhnya engkau adalah seketul daging dalam diriku.. Namun engkau adalah raja buat tubuh ini..
Hati ini.. Sesungguhnya perintahkanlah tubuh ini ke jalan Allah yang di mana semua makhluk bergantung padaNya.. Semoga bila tiba janji Allah SWT tidak akan gentar tubuh ini malah aman engkau wahai hatiku.. Semoga selamat tubuh ini dari api neraka neraka yang membakar.. Semoga tubuh ini mampu menikmati syurga Allah Yang Maha Kuasa..
Hati ini.. Ingatlah engkau akan sabda Rasulullah SAW " Sesungguhnya dalam diri manusia itu ada seketul daging. Apabila baik daging itu, maka baiklah seluruh anggota dan apabila rosak daging itu maka rosaklah seluruh anggota. Maka ketahuilah bahawa daging itu adalah HATI".
Kisah Hati
Harapan hancur berderai.. Kasih yang di usung bertahun terlerai. Pengorbanan serta kesabaran punah. Hampir putus rasanya nyawa di badan. Dunia gelap. Hati menjerit. Hidup hilang seri. Tidak dapat di bayangkan hari-hari yang bakal di tempuhi. Pasti rindu bersarang. Pasti kekecewaan bermaharajalela. Kalau mampu, saat ini juga ingin diakhiri kehidupan.
Apalah ertinya kehidupan tanpa orang yang tersayang di sisi. Bagaimana kaki ini mampu melangkah sambil melihat senyuman di wajah orang yang tersyang bersama orang lain.Berat dan derita di rasakan. Jika mampu pasti sahaja waktu itu diundur kembali. Namum mampu kah? Tentu sama sekali TIDAK!!!!
Mereka bahagia sedangkan diri terluka serta parah menanggung derita cinta. Mengapa harus keperitan ini terjadi pada diri ini. Apa salah diri ini? Sudah puas mencintai dan berkorban bertahun. Tidak cukup kah itu?
Ya Allah.. Aku derita!!! SEBENTAR.....
Benarkah ini derita?? Benarkah ini dukacita. ASTAGHFIRULLAH.. SUBHANALLAH..
Kau sedang berbicara dengan hamba-Mu. Ini bukan derita. Ini sinar bahagia. Ya Allah. Kau leraikan diri dari kasih sayang manusia fana dan kau sambungkan diri ini dengan kasih sayang-Mu. Betapa besar ganti yang Kau berikan. Kau Maha Mengetahui. Maha Menyayangi. Kau Maha Mendengar. Sesungguhnya Kau sedang memakbulkan doaku. Doaku meminta petunjuk ke jalan yang lurus. Doaku meminta Kau selamatkan aku dari finah seksa kubur juga apa neraka-Mu yang membakar.
Diri ini terduduk. Ya Allah.Banyak dosaku. Mungkin lebih besar dari dunia. Ya Allah. Aku jahil padaMu. Aku menyayangi makhluk ciptaan-Mu melebihi diri-Mu serta kekasih-Mu Nabi Muhammad saw sendiri. Astaghfirullah al azim. Aku melakukan maksiat. Aku melakukan kemungkaran. Malah lebih jijik lagi, aku menganggap maksiat dan kemungkaran itu sebagai kebahagian. Jauh aku tersasar. Allah..
Namun, Kau tidak menjauh dariku. Malah Kau hulurkan tali-Mu padaku yang kelemasan.Aku terkesima lagi. Ku lihat diri ini di balut telekung putih menghadap sejadah. Betapa lainnya perasaan ini. Betapa tenangnya perasaan ini. Sudah lama kain putih serta sejadah ini ku tinggalkan. Sungguh aku leka dan lena pada dunia. Sudah lama kalam-Mu aku tidak meniti di lidahku. Kini kalam itu ubat penenang jiwa.
Ya Allah. Terima kasih kerana Kau kecewakan aku dalam dunia fana cinta.. Terima kasih Kau pisahkan aku dari cintanya.. Sujud syukur serta tahajud cinta buat-Mu.. Baru ku tahu betapa besar cinta-Mu. Baru ku sedar betapa sayangnya Kau pada hamba-hamba-Mu yang sering melupakan-Mu.
Sujud syukur buat-Mu Allah Yang Esa. AKu meniti jalan-Mu. Aku tenang dijalan-Mu. Aku bahagia dalam petunjuk-Mu. Ya Allah, ampunkan aku. Ampunkan dosa-dosaku. Ampunkan aku Ya Allah.
Kau berikan sinar harapan buat kami yang melampaui batas Ya Allah. Sesungguhnya kalam-Mu menjadi janji-Mu. Sesungguhnya Kau tidak memungkiri janji.
Az-Zumar [53] Katakanlah (wahai Muhammad): Wahai hamba-hambaKu yang telah melampaui batas terhadap diri mereka sendiri (dengan perbuatan-perbuatan maksiat), janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah, kerana sesungguhnya Allah mengampunkan segala dosa; sesungguhnya Dialah jua Yang Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.
Ar-Ra’d [39] Allah menghapuskan apa jua yang dikehendakiNya dan Dia juga menetapkan apa jua yang dikehendakiNya dan (ingatlah) pada sisiNya ada “Ibu segala suratan”.
Doa Pendekat Jodoh
Al-Mukmin [60] "Berdoalah kepada Ku, nescaya akan Ku perkenankan bagimu, sesungguhnya orang-orang yang menyombongkan diri dari menyembah Ku akan masuk neraka jahannam dalam keadaan hina dina!"
Itulah janji Allah SWT buat hamba-Nya. Sesungguhnya apapun yang kita ingini tadahlah tangan pada-Nya. Seseungguhnya zat Allah itu maha luas. Pada-Nya segala-gala baik yang terang mahupun yang tersembunyi.
p/s : Doa ini dipetik dari buku IKTHTIAR PENYEMBUHAN PENYAKIT DENGAN AYAT-AYAT DAN DOA-DOA MUSTAJAB oleh Dato' Haron Din.
Fesyen Wanita Muslimah
Bertubuh Rendah
Perlu berhati-hati dengan pakaian yang berjalur-jalur dan tali pingang yang terlalu kecil. Pakaian yang terdiri dari warna-warna kontra dan jalur vertikal dan menyerong boleh membuatkan anda kelihatan lebih langsing. Elakkan pakaian yang bermotif/corak terlalu banyak. Pilihlah tops yang mempunyai garis pinggang yang lebih tinggi. Hindarilah warna yang terlalu terang,sebaiknya pilihlah warna beige,hitam atau pastel. Jika tidak mahu badan melebar,pilih pakaian yang mempunyai motif kecil. Untuk seluar,pilih yang berpotongan lurus atau wide leg. Skirt pula sebaiknya skirt mini atau maxi. Elakkan memakai kasut dengan tali-temali melingkari betis,anda boleh nampak lagi pendek.
Bertubuh Tinggi
Boleh mengenakan tali pinggang lebar,elakkan memakai pakaian yang terlalu ketat,skirt yang terlalu panjang atau pendek. Seluar panjang potongan hipster paling tepat. Jika pinggang berisi, lebih baik kenakan seluar panjang model ‘full cut’ (pinggang tinggi) dan hindari seluar berpotongan baggy atau yang mengecil di hujung. Untuk top,sebaiknya tops labuh yang melepasi pinggang. Elakkan tali pinggang yang terlalu ketat. Kasut bertumit tinggi melebihi 5 inci juga tidak digalakkan.
Bertubuh Gempal
Warna biru navy,hitam atau merah tua akan membuatkan anda lebih langsing. Untuk tampil ’slim n chic’, jangan sesekali memilih baju longgar utk menyembunyikan lemak di badan. Baju berleher V boleh membuatkan anda nampak lebih kurus. Hindari skirt di bawah paras lutut atau skirt midi separas betis. Ia membuatkan anda seperti terpotong dan anda akan kelihatan lebih berisi dan pendek. Untuk pemilihan beg tangan, pilih aksesori berbentuk segiempat agar memberi efek lebih ringan. Kasut platform yang sangat tebal tidak sesuai untuk anda. Sebaiknya, pilih kasut bertumit ramping dan selesa.
Bertubuh Besar Di Bahagian Atas
Perlu memilih jaket panjang tanpa span bahu untuk menyeimbangkan bahagian atas dan bawah badan. Elakkan blaus/kemeja berpotongan ‘ruffles’ atau ‘detail’ yang keterlaluan. Tops berpotongan silang boleh memberi ilusi yang lebih ramping. Jika ingin mengenakan aksesori, skarf boleh merampingkan tubuh bahagian atas. Pakai seluar atau skirt yang mempunyai lipatan atau kedutan supaya pandangan lebih tertumpu ke bahagian bawah badan. Kasut bertapak rata merupakan pilihan yang baik.
Detik Kematian
Detik Kematian pasti akan tiba buat kita. Itu janji ALLAH S.W.T. Semoga lagu ini memberikan kita semua peringatan. Hidup di dunia hanya sementara. Orang yang bijak akan mengumpul bekal yang secukupnya bagi menempuh alam Barzakh dan Akhirat. Orang yang rugi akan terus lalai menghitung dan mencari nikmat dunia. Semoga ALLAH meletakkan kita dalam golongan yang diredhaiNya dan di beri nur.
Detik Kematian – In Team
Tertulis kematian
Pada suratan kehidupan
Namun hanya ALLAH yang tahu
Bilakah ajal bakal bertamu
Detiknya menghampiri
Tanpa petanda yang menanti
Bila tiba saatnya nanti
Tak siapa dapat melarikan diri
[C/O]
Itu hakikat dan kepastian
Hadirnya tidak pernah kita alukan
Tua dan muda, miskin dan kaya
Semua insan pasti melaluinya
Sakit dirasa tidak terkata
Tika dipisahkan jiwa dari jasadnya
Hanya amalan bisa redakan
Bebanan derita di ambang kematian
Denyutan nadi akhirnya terhenti
Bersama nafas yang tak terhela lagi
Kerana jiwa meninggalkan pergi
Pulang kembali untuk menghadap Ilahi
Dari ALLAH kita datang,
KepadaNya kita pasti pulang
Detiknya pasti tiba
Adakah kita bersedia?
Pada suratan kehidupan
Namun hanya ALLAH yang tahu
Bilakah ajal bakal bertamu
Detiknya menghampiri
Tanpa petanda yang menanti
Bila tiba saatnya nanti
Tak siapa dapat melarikan diri
[C/O]
Itu hakikat dan kepastian
Hadirnya tidak pernah kita alukan
Tua dan muda, miskin dan kaya
Semua insan pasti melaluinya
Sakit dirasa tidak terkata
Tika dipisahkan jiwa dari jasadnya
Hanya amalan bisa redakan
Bebanan derita di ambang kematian
Denyutan nadi akhirnya terhenti
Bersama nafas yang tak terhela lagi
Kerana jiwa meninggalkan pergi
Pulang kembali untuk menghadap Ilahi
Dari ALLAH kita datang,
KepadaNya kita pasti pulang
Detiknya pasti tiba
Adakah kita bersedia?
Rahsia Solat Awal Waktu
Setiap peralihan waktu solat sebenarnya menunjukkan perubahan tenaga
alam ini yang boleh diukur dan dicerap melalui perubahan warna alam. Fenomena perubahan warna alam adalah sesuatu yang tidak asing bagi
mereka yang terlibat dalam bidang fotografi.
Waktu Subuh
alam ini yang boleh diukur dan dicerap melalui perubahan warna alam. Fenomena perubahan warna alam adalah sesuatu yang tidak asing bagi
mereka yang terlibat dalam bidang fotografi.
Waktu Subuh
Alam berada dalam spektrum warna biru mudayang bersamaan dengan frekuensi tiroid yang mempengaruhi sistem metabolisma tubuh.
Jadi warna biru muda atau waktu Subuh mempunyai rahsia berkaitan dengan penawar/rezeki dan komunikasi. Mereka yang kerap tertinggal waktu Subuhnya ataupun terlewat secara berulang-ulang kali, lama kelamaan akan menghadapi masalah komunikasi dan rezeki.
Ini kerana tenaga alam iaitu biru muda tidak dapat diserap oleh tiroid
yang mesti berlaku dalam keadaan roh dan jasad bercantum (keserentakan
ruang dan masa) - dalam erti kata lain jaga daripada tidur. Disini juga
dapat kita cungkil akan rahsia diperintahkan solat diawal waktu.
Bermulanya saja azan Subuh, tenaga alam pada waktu itu berada pada tahap optimum.
Tenaga inilah yang akan diserap oleh tubuh melalui konsep resonan pada waktu rukuk dan sujud. Jadi mereka yang terlewat Subuhnya sebenar sudah mendapat tenaga yang tidak optimum lagi.
Waktu Zuhur
Warna alam seterusnya berubah ke warna hijau (isyraq & dhuha) dan kemudian warna kuning menandakan masuknya waktu Zohor. Spektrum
warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi perut dan hati yang
berkaitan dengan sistem penghadaman. Warna kuning ini mempunyai rahsia
yang berkaitan dengan keceriaan. Jadi mereka yang selalu ketinggalan
atau terlewat Zuhurnya berulang-ulang kali dalam hidupnya akan menghadapi masalah di perut dan hilang sifat cerianya. Orang yang tengah sakit perut ceria tak ?
Waktu Asar
Kemudian warna alam akan berubah kepada warna oren, iaitu masuknya waktu Asar di mana spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan
frekuensi prostat, uterus, ovari dan testis yang merangkumi sistem reproduktif. Rahsia warna oren ialah kreativiti.
Orang yang kerap tertinggal Asar akan hilang daya kreativitinya dan
lebih malang lagi kalau di waktu Asar ni jasad dan roh seseorang ini
terpisah (tidur la tu .). Dan jangan lupa, tenaga pada waktu Asar ni
amat diperlukan oleh organ-organ reproduktif kita
Waktu Maghrib
Menjelang waktu Maghrib, alam berubah ke warna merah dan di waktu ini kita kerap dinasihatkan oleh orang-orang tua agar tidak berada di luar rumah. Ini kerana spektrum warna pada waktu ini menghampiri frekuensi jin dan iblis (infra-red) dan ini bermakna jin dan iblis pada waktu ini amat bertenaga kerana
mereka resonan dengan alam. Mereka yang sedang dalam perjalanan juga
seelok-eloknya berhenti dahulu pada waktu ini (solat Maghrib dulu la .)
kerana banyak interferens (pembelauan) berlaku pada waktu ini yang
boleh mengelirukan mata kita. Rahsia waktu Maghrib atau warna merah
ialah keyakinan, pada frekuensi otot, saraf dan tulang.
Waktu Isyak
Apabila masuk waktu Isyak, alam berubah ke warna Indigo dan seterusnya memasuki fasa Kegelapan. Waktu Isyak ini menyimpan rahsia ketenteraman dan kedamaian di mana frekuensinya bersamaan dengan sistem kawalan otak. Mereka yang kerap ketinggalan Isyaknya akan selalu berada dalam kegelisahan.
Alam sekarang berada dalam Kegelapan dan sebetulnya, inilah waktu tidur dalam Islam. Tidur pada waktu ini dipanggil tidur delta dimana
keseluruhan sistem tubuh berada dalam kerehatan.
Selepas tengah malam, alam mula bersinar kembali dengan warna putih, merah jambu dan
seterusnya ungu di mana ianya bersamaan dengan frekuensi kelenjar
pineal, pituitari, talamus dan hipotalamus. Tubuh sepatutnya bangkit
kembali pada waktu ini dan dalam Islam waktu ini dipanggil Qiamullail.
Begitulah secara ringkas perkaitan waktu solat dengan warna alam.
Manusia kini sememangnya telah sedar akan kepentingan tenaga alam ini
dan inilah faktor adanya bermacam-macam kaedah meditasi yang dicipta
seperti taichi, qi-gong dan sebagainya. Semuanya dicipta untuk menyerap tenaga-tenaga alam ke sistem tubuh.
Kita sebagai umat Islam sepatutnya bersyukur kerana telah di'kurniakan' syariat solat oleh Allah s.w.t
tanpa perlu kita memikirkan bagaimana hendak menyerap tenaga alam ini.
Hakikat ini seharusnya menginsafkan kita bahawa Allah s.w.t mewajibkan
solat ke atas hambanya atas sifat pengasih dan penyayang-Nya sebagai
pencipta kerana Dia tahu hamba-Nya ini amat-amat memerlukannya. Adalah
amat malang sekali bagi kumpulan manusia yang amat cuai dalam menjaga
solatnya tapi amat berdisiplin dalam menghadiri kelas taichinya .
wallahua'alam. ....

DIPETIK DARI : renungrenungkan.blogspot.com
Renungan :: Bila Hidayah Menyapaku ::
Kenangan itu masih mengimbau kotak mindanya. Masih menjadi teman setia kepada mimpinya yang enggan pergi pada dinihari yang kedinginan itu.
"Adakah engkau melihat orang yang mengambil nafsunya menjadi Tuhannya dan Allah menyesatkannya kerana mengetahui (kejahatan hatinya) selepas didatangi ilmu kepadanya." ( Jatsiyah:23)
Mengapa dia masih berperasaan sedemikian sedangkan telah diusir perasaan itu dari dalam dirinya sejak lama dahulu? Hidupnya kini telah dibebaskan dari perasaan yang membelenggu jiwanya itu. Perasaan serba salah dan dosa yang amat. Kenapa kenangan itu harus kembali semula?
Dan dia cuba untuk memadam memori silam namun kisah itu bagaikan berterbangan di kotak matanya yang hampir berair.
5 tahun lepas..
"Awak, awak sanggup tak buat apa sahaja untuk saya?" Harman dengan lembut bertanya, sambil membelai rambutnya yang bertebangan dek angin yang melambai.
"Hurrm.... Apa dia? Banyak dah saya buat untuk awak ini," dengan senyuman manja dia membalas.
Ya, apa lagi yang dia tak buat untuk Harman. Segala-galanya akan diserahkan buat pujaan hatinya itu. Harman Haji Khalid. Pemuda idaman yang menjadi siulan rakan-rakan di kampusnya. Pemuda tinggi lampai berbidang sasa. Lesung pipinya menjadi pelengkap kepada wajahnya yang sudah setia tampan. Dengan sedikit kumis di dagunya, Harman mempu menggetarkan sekilas pantulan mata wanita. Dan Harman adalah miliknya! Siapa yang tidak berasa bertuah mendapat jejaka itu. Apa sahaja untukmu Harman akan kutunaikan!
"Saya tahu. Saya tahu awak sanggup buat apa sahaja untuk saya. Tapi itulah, permintaan ini agak berat sikit. Tak taulah awak sanggup tak nak buat,"
Adlina mula berkira-kira sendiri akan permintaan Harman. Kadang-kadang dia sendiri keliru dengan dirinya sendiri. Dia tahu apa yang dilakukannya adalah salah. Duduk berdua-duaan di tempat sunyi sambil bersentuh-sentuhan. Tapi dia tak mengerti kenapa dia sangat suka buat perkara itu. Dia merasakan kebahagiaan tak terhingga bersama Harman. Hidupnya terasa berbunga-bunga penuh makna. Hari-hari dia bernyanyi riang sepulangnya dia pulang keluar bersama Harman sehinggakan adik beradiknya lali dengan suara sumbangnya menyanyi-nyanyi di dalam bilik air.
Kadang-kadang bisikan hatinya menghembus udara suci, minta dirinya untuk berhenti sejenak dan berfikir. Kadang-kadang dia membuka mahkota agungnya di hadapan Harman.Harman teringin melihat kecantikannya. Kecantikan yang sepatutnya dinikmati oleh mereka yang berhak. Namun Harman berjanji padanya jika ada rezeki mereka akan berkahwin. Dia tahu Harman takkan menipu. Harman terlalu baik untuk menipu.
Allah akan ampunkan dosaku, bisiknya. Dia bukan tak nak kahwin. Cuma masanya belum lagi. Dan dia pasti, pintu taubat itu sentiasa terbuka. Allah akan ampunkan dosa-dosanya. Lagipun dia masih solat dan bertudung di hadapan orang lain.
"Cakaplah sayang, apa dia?"
Perlahan-lahan Harman meramas tangannya dan memegang kejap kedua belah tangannya. Jantungnya berhenti berdegup. Kadang-kadang Harman gemar membuat aksi-aksi romantis, dan dia sangat rasa dihargai apabila Harman melayannya sebegitu.
"Adlina permata hati saya, sudikah Adlina menjadi pemaisuri rumah tangga saya? Yang akan mewarnakan hari-hari saya dan menjadi ibu kepada anak-anak saya?"
Dia gumam. Terkesima. Antara gembira dan teruja. Dia tak mampu berkata apa-apa. Ada manik-manik yang hampir jatuh di pipinya. Perasaannya terlalu gembira tetapi tiada kalimah yang dapat mengucapkannya.
"Tapi Adlinaku sayang, boleh tak saya nak minta sesuatu dari awak?"
Dan dia membiarkan Harman berbisik halus di celah rongga telinganya. Matanya bulat tatkala Harman habis berbicara. Diketap kedua bibirnya. Keliru dirasakan dirinya ketika itu. Dia masih belum boleh berkata-kata sambil merenung bebola mata Harman yang berharap.
Lama ditenung mata hazel jejaka yang menjadi pujaan ramai itu. Mata itu mampu mencairkan hati perempuan-perempuan yang lemah.
Dan akhirnya dia mengangguk setuju...
"Tolong aku Azia! Tolong aku! Dia nak orang lebih 21 tahun untuk kasi kebenaran aku buat operation tu!"
"Yang kau buat kerja tu sape suruh. Kau tak ingat Tuhan ke? Tak ingat dosa pahala? Kau tak ingat kat mak ayah ke? Pastu kau nak heret aku untuk tolong kau?"
" Jangan macam tu Azia, aku perlukan sangat pertolongan kau sekarang ni. Kau jangan tambahkan lagi masalah aku!"
Adlina menangis teresak-esak di peha kakaknya. Dia rasakan empangan air matanya telah pecah. Dia sangat bingung ketika itu dan tiada siapa lagi yang boleh diminta pertolongan melainkan kakak kandungnya sendiri.
" Aku tahu kau sayangkan Harman tu. Tapi dia yang harus bertanggungjawab ke atas kau. Aku bukan tak nak tolong kau tapi aku nak dia bertanggungjawab!"
" Azia! Dia tak ngaku tu anak dia. Dia dah tinggalkan aku dah! Dia tu memang tak guna! Jantan miang! Pergi jahanam dengan dia!" Adlina terus menerus menangis sambil menjerit-jerit kepada kakaknya. Mujurlah dia berada di flat kakaknya yang tidak berpenghuni. Dihentak-hentak bantal yang berada di sofa ruang tamu.
Dia berasa dunianya gelap. Dia harus gugurkan kandunganya itu! Dia mesti! Tapi dia masih di bawah umur. Cuma kakaknya sahaja harapannya untuk dia mendapat tanda tangan keizinan untuk melakukan pengguguran itu. Tanpa tanda tangan itu, tiada klinik yang akan menerimanya untuk dibedah.
"Ok. Begini. Aku sanggup tolong kau. Tapi dengan satu syarat." Kakaknya menarik nafas berat. Seolah-olah mahu memberi amanah besar di pundaknya.
Kakaknya menyambung, "Aku nak kau tinggalkan universiti itu dan apply untuk study di overseas. Aku nak kau tinggalkan Harman itu. Aku tak mampu nak tanggung kau ke sana. Mak abah tak boleh tahu pasal benda ini. Aku tak nak kau menyebabkan mereka tak mengaku kau sebagai anak mereka. Kau ada otak pandai, aku rasa kau akan dapat tempat tu. Bila kau tinggalkan universiti itu, kau jangan beritahu sesiapa pun kau akan ke mana. Aku tak nak kawan-kawan kau cari kau. Aku nak Harman betul-betul lenyap dalam hidup kau!'
Dia masih ingat pada malam hujan renyai di mana kakaknya Azia memberi ceramah yang panjang lebar dalam mencorakkan masa depannya. Dirasakan hidupnya ketika itu kelam dan gelap, segelap batu hitam di malam hari. Tetapi kakaknya memberikan sinar harapan baginya.
Dia berjaya mengugurkan kandunganya yang baru berusia 5 minggu itu. Itulah dosa besar paling dahsyat pernah dilakukannya setelah dosa yang dilakukan saat dia menunaikan permintaan Harman untuk menjamah tubuh yang tidak halal baginya. Mengapa dia begitu bodoh melakukan pekerjaan terkutuk itu?
Allah cintakan dia! Itu dia sangat pasti kerana Allah masih menyelamatkan dia! Setelah apa yang telah dia lakukan Allah masih sayangkan dia!
Dan kini dia melalui kehidupan yang bersih, sebersih bayi yang bahu lahir. Dia bertaubat dengan taubat yang sesungguhnya.
"Orang yang bertaubat dari dosanya adalah seperti orang yang tidak berdosa lagi" (Hadis)
"Adlina, akak nak tanya ni....,'
Kak Rahmah yang menjadi penjaganya di bumi kangaroo itu menyapanya mesra setelah melihatnya begitu lama mengelamun. Dia berada di rumah Kak Rahmah ketika itu kerana ada kuliah ilmu di situ.
"Adlina sudah bersedia untuk berumah tangga?"
Terkejut dan terperanjat, dia tunduk menyepi. Dia merasakan air matanya mahu gugur dan hatinya dirasakan mahu pecah. Namun digagahkan juga hatinya. Bagaimana mampu dia menjawab persoalan itu sedangkan dirinya itu kotor dan jijik? Lebih dahsyat dari bangkai anjing yang dicampakkan ke dalam lombong najis? Manakan boleh aku hidup bersama dengan manusia yang tidak pernah ada noda dalam dirinya?
"Sesungguhnya taubat yang dapat diterima oleh Allah untuk orang-orang yang mengerjakan kejahatan kerana kejahilan, kemudian mereka bertaubat dalam masa yang dekat" ( Nisa:17)
Lama dia menunduk. Tiba-tiba dia merasakan ada sentuhan lembut di bahunya.
'Lina, akak minta maaf jika pertanyaan akak mengguris hati Lina. Akak tidak tahu yang Lina belum bersedia. Walaupun Lina masih belum menceritakan pada akak tentang perkara yang sentiasa menghantui diri Lina, tapi akak sangat harap Lina akan dapat melupakan kisah itu. Allah itu maha menerima taubat. Dia mendengar doa hamba-hambaNya. Akak yakin, sebesar manapun dosa Lina pada Dia, Dia akan ampunkan Lina.'
Dia mengangguk lemah. Dalam hatinya tidak putus–putus beristighfar agar dikuatkan hatinya.
'Akak dan suami akak cuma risaukan Lina sahaja. Hidup di negara bukan Islam ini banyak dugaannya. Cabaran datang dari pihak bukan Islam mahupun ya.'
Lina mendengar kata-kata Kak Rahmah dengan penuh cermat. Walaupun persoalan perkahwinan adalah persoalan yang tidak mampu difikirkannya sekarang, namun dia tahu, semenjak mengenali Kak Rahmah, Kak Rahmah hanya berbicara jika perkara itu penting dan masanya sesuai sahaja.
Adlina sedar, dia telah banyak berubah semenjak datang ke situ. Tudungnya mula bertutup kemas. Pergaulannya sangat terjaga. Banyak ilmu-ilmu Islam yang dipelajarinya di situ. Malah dia benar-benar merasakan nikmatnya Islam itu apabila di datang ke bumi orang putih ini.
Dia sedar dia perlukan teman hidup yang kuat untuk menyokongnya untuk kekal berterusan di atas jalan ini. Yang mampu membimbingnya tanpa kebosanan mengenal penciptaNya dan beramal dengan sunnah NabiNya.
'Akak harap Lina sudi memikirkan perkara ini. Terpulang pada Lina untuk membuat pilihan. Pemuda itu sendiri tidaklah sempurna juga. Dia turut mengalami pengalaman yang serupa dengan Lina. Tapi, dia sudah pun bertaubat dari dosa-dosa silamnya. '
Lina mengangkat muka dan merenung Kak Rahmah penuh kaget. Mana akak tahu? bisik hatinya.
'Usah risau Lina, tiada siapa yang memberitahu kami. Cuma kami rasakan sahaja. Sudah ada seorang yang seperti Lina juga tapi alhamdulillah, di sini dia menemui cahayaNya.'
Adlina berfikir lama sambil menatap kosong ke sisi ruang tamu rumah Kak Rahmah. Teman-temannya sudah lama pulang. Sengaja Kak Rahmah minta dia pulang lewat hari itu.
' Jika Lina dah buat keputusan, nanti datanglah rumah akak minggu hadapan. Insyaallah dia akan datang juga untuk hadiri pengajian dengan suami akak. Dia pemuda yang paling baik akhlaknya pernah akak lihat. Tak pernah tinggal kuliah ilmu dan tidak pernah tinggal solat jemaah subuh di masjid.'
Adlina tersentak sejenak. Layakkah aku untuk pemuda itu? Manakan sama aku dengan dia! Adakah mampu aku memelihara cintaMu Ya Rabb di saat aku memiliki seorang lelaki dalam hidupku? Adakah aku tidak akan melupakanMu dan meninggalkan jalanMu di saat aku sudah berteman nanti?
"Katakanlah: Jika bapa-bapamu, anak-anakmu, saudara-saudaramu, isteri-isterimu, kaum keluargamu, harta kekayaan yang kamu usahakan, ataupun perniagaan yang kamu khuatiri kerugiannya dan tempat tinggal yang kamu sukai, lebih kamu cintai dari Allah dan rasulNya dan berjihad di dalanNya, maka tunggulah sampai Allah mendatangkan keputusanNya' ( Taubah: 24)
Dia sudah serik dikecewakan manusia dan dia pernah membenci lelaki dengan kebenciannya yang kesumat. Namun dia sedar dia tak boleh menyimpan perasaan itu. Allah menciptakan manusia itu berpasang-pasangan. Tidak boleh kerana seorang pemuda dia membenci keseluruhan lelaki di atas dunia!
Tapi dia tidak mahu lagi terlalu menyintai manusia! Mereka membuatkannya kecewa!
'Perkahwinan itu seharusnya memberi kekuatan dan sinergi kepada individu dalam rumah tangga itu, bukan melemahkan. Jika isteri leka suami mengingatkan, jika suami lalai isteri menyedarkan. ' begitulah kata-kata Kak Rahmah di saat kami berbicara tentang perkahwinan dengannya.
Di saat itu, hawa dingin semula jadi menerobos ke dalam bilik sepinya, menggigilkan tubuh badannya. Di saat hening itu dia merasakan Allah sangat dekat dengan dirinya, lantas dia menadahkan tangannya ke langit sambil memohon:
" Ya Allah, jika benar dia pilihan terbaik untukku, maka tunjukkanlah aku jalanMu dan janganlah Kau palingkan cintaku dariMu."
Dia mendengar suara kekecohan berada di rumah Kak Rahmah. Bagaikan ada kenduri yang kecil. Kak Rahmah kata ada majlis ilmu, bukannya majlis makan-makan. Mungkin ramai orang barangkali, fikirnya.
Di saat dia masuk, ramai orang lelaki sudah mula beredar dari ruang tamu rumah Kak Rahmah itu. Tersipu-sipu dia bergegas ke ruang dapur untuk menemui Kak Rahmah. Segan dia kepada lelaki bukan ajnabi.
Kak Rahmah memeluknya dengan penuh kehangatan, menghilangkan hawa sejuk yang dialaminya di saat kedatangannya ke rumah itu.
'Ibu, mari sini ibu. Bawa Lina sekali,' Kedengaran suara Abang Hakim memanggil isterinya dari luar.
Kak Rahmah menarik tangan Lina dan di bawanya ke ruang tamu. Lina terlihat susuk tubuh yang agak dikenalinya duduk bersimpuh sopan di sisi Abang Hakim. Pernah aku lihat pemuda ini, dia berkira-kira. tapi di mana ya? Fikirannya pantas memikirkan. Dia cuba untuk mencuri-curi pandang ke arah lelaki itu namun lelaki itu juga tunduk statik menghadap lantai rumah.
Lina dengan mata tertunduk duduk di balik Kak Rahmah. Dia memang agak kekok berada dalam suasana begini. Apatah lagi dalam majlis yang sebegitu.
'Adlina Malik. Kenalkan, ini calon suamimu, Harman Haji Khalid.'
Di saat itu, dua insan di bilik itu mengangkat wajah masing-masing sambil merenung tajam antara satu sama lain. Ada makna di sebalik pandangan itu. Ada jawapan yang mahu diselidiki tapi suara mereka seolah-olah tenggelam di balik bunyian heater yang memanaskan ruangan di bilik tamu itu.
Kak Rahmah dan Abang Hakim mungkin menjadi insan paling hairan melihat mereka di tika itu.....
Credit buat : iluvislam.com
Kun Fayakun
Apabila Allah berkehendak serta menghendakinya, dan apabila Dia telah menetapkan sesuatu maka Allah berfirman kepadanya: "Jadilah", maka jadilah dia. Begitulah beberapa ungkapan ayat-ayat kun [jadi] maka faya kun [jadilah] dalam al-Qura’an.
Peringatan yang sangat besar buat kita karena Allah bisa berkehendak bila-bila sahaja dan dimana sahaja, tiada tempat berlindung dan tiada tempat kita boleh bersembunyi dari-Nya.
[Al Baqarah:117]
Allah Pencipta langit dan bumi, dan bila Dia berkehendak sesuatu, maka Dia hanya mengatakan kepadanya: "Jadilah!" Lalu jadilah ia."
[An Nahl:40]
Sesungguhnya perkataan Kami terhadap sesuatu apabila Kami menghendakinya, Kami hanya mengatakan kepadanya: "kun (jadilah)", maka jadilah ia".
[Yaasiin:82]
Sesungguhnya keadaan-Nya apabila Dia menghendaki sesuatu hanyalah berkata kepadanya: "Jadilah!" maka terjadilah ia".
[Al An'aam:73]
Dan Dialah yang menciptakan langit dan bumi dengan benar. Dan benarlah perkataan-Nya di waktu Dia mengatakan: "Jadilah, lalu terjadilah", dan di tangan-Nyalah segala kekuasaan di waktu sangkakala ditiup. Dia mengetahui yang ghaib dan yang nampak. Dan Dialah Yang Maha Bijaksana lagi Maha Mengetahui
[Al Mu'min:68]
Dia-lah yang menghidupkan dan mematikan, maka apabila Dia menetapkan sesuatu urusan, Dia hanya bekata kepadanya: "Jadilah", maka jadilah ia".
[Maryam:35]
Tidak layak bagi Allah mempunyai anak, Maha Suci Dia. Apabila Dia telah menetapkan sesuatu, maka Dia hanya berkata kepadanya: "Jadilah", maka jadilah ia".
[Ali 'Imran:47]
Maryam berkata: "Ya Tuhanku, betapa mungkin aku mempunyai anak, padahal aku belum pernah disentuh oleh seorang laki-lakipun." Allah berfirman (dengan perantaraan Jibril): "Demikianlah Allah menciptakan apa yang dikehendaki-Nya. Apabila Allah berkehendak menetapkan sesuatu, maka Allah hanya cukup berkata kepadanya: "Jadilah", lalu jadilah dia.
[Ali 'Imran:59]
Sesungguhnya misal (penciptaan) Isa di sisi AllAh, adalah seperti (penciptaan) Adam. Allah menciptakan Adam dari tanah, kemudian Allah berfirman kepadanya:"Jadilah", maka jadilah dia.

10 Malaikat Dalam Al - Quram
Kata Malaikat adalah jamak dari malakun yang artiya utusan. Malikat adalah makhluk gaib, yang asal kejadiaannya dari nur ( cahaya ). Mereka memiliki akal dan tidak memiliki nafsu. Oleh karena itu, mereka senantiasa penuh kepada Allah swt. Serta tidak pernah menduhakai-Nya.
Nama-nama Malaikat dan Tugasnya
Jumlah malaikat sangat banyak, bahkan mencapai jutaan, tetapi yang wajib diketahui dan diimani ada sepuluh.
- Malaikat Jibril
Malaikat Jibril tugasnya adalah menyampaikan wahyu kepada nabi atau rasul dengan kehendak Allah swt.
- Malaikat Izrail
Malaikat Izrail tugasnya adalah mencabut ruh ( nyawa ) semua makhluk.
- Malaikat Mikail
Malaikat Mikail tugasnya adalah membri rezeki kepada seluruh makhluk Allah swt.
- Malaikat Israfil
Malaikat Israfil tuganya adalah meniup sangkakala pada saat menjelang hari kiamat.
Tugas kedua Malaikat ini adalah mencatat amal baik dan amal buruk seseorang sekecil apapun.
- Malaikat Nungkar dan Nakir
Tugas kedua Malaikat ini adalah mengadili dan menanyai perbuatan manusia di alam kubur.
- Malaikat Malik
Malaikat Malik tugasnya adalah menjaga pintu neraka.
- Malaikat Ridwan
Malaikat Ridwan tugasnya adalah menjaga pintu syurga.
Credit buat http://islamicmypersonal.blogspot.com
Sesungguhnya Aku Merindui
Dalam khabar Nabi Daud عليه السلام, ALLAH Ta’ala berfirman:
يا داود أبلغ أهل أرضي أنى حبيب لمن أحبنى وجليس لمن جالسنى ومؤنس لمن أنس بذكرى وصاحب لمن صاحبنى ومختار لمن اختارنى ومطيع لمن أطاعنى ما أحبنى عبد أعلم ذلك يقينا من قلبه إلا قبلته لنفسى وأحببته حبا لا يتقدمه أحد من خلقى من طلبنى بالحق وجدنى ومن طلب غيرى لم يجدنى فارفضوا يا أهل الارض ما أنتم عليه من غرورها وهلموا إلى كرامتى ومصاحبتى ومجالستى وائنسوا بي أؤانسكم وأسارع إلى محبتكم فإنى خلقت طينة أحبائى من طينة إبراهيم خليلى وموسى نجي ومحمد صفي وخلقت قلوب المشتاقين من نورى ونعمتها بجلالى
“Hal Daud! Sampaikanlah kepada penduduk bumiKu, bahawa Aku mengasihi siapa yang mengasihiKu, Duduk dengan siapa yang duduk-duduk dengan Aku, Berjinakan dengan siapa yang berjinakan dengan mengingatiKu, Teman dengan siapa yang berteman dengan Aku, Memilih dengan siapa yang memilih Aku, Mematuhi kepada siapa yang mematuhi akan Aku. Tiada mengasihi Aku oleh seorang hamba, yang Aku tahu bahawa yang demikian itu adalah keyakinan dari hatinya, melainkan Aku terima dia bagi DiriKu.
Aku mengasihinya dengan kasih, yang tidak didahului oleh seseorang dari makhluk-Ku. Siapa yang mencari Aku dengan kebenaran, nescaya ia mendapati akan Aku.
Dan siapa yang mencari selain Aku, nescaya ia tidak akan mendapati Aku.
Lemparkanlah hal penduduk bumi, akan apa yang berada kamu di atasnya, dan tipuannya! Marilah kepada kemuliaanKu, berteman denganKu dan duduk-duduk denganKu’ Berjinak-jinakkanlah dengan Aku, nescaya Aku berjinak-jinakkan dengan kamu. Dan aku bersegera kepada mengasihi kamu.
Sesungguhnya Aku menciptakan tanah-lumpur kekasih-kekasihKu dan tanah lumpur Ibrahim Khalil-Ku (TemanKU). Musa yang Ku-lepaskan dari bahaya dan Muhammad pilihanKu.
Aku ciptakan hati orang-orang yang rindu dari Nur-Ku.
Aku anugerahkan nikmat kepadanya dengan keagunganKu”.
Diriwayatkan dari sebahagian salaf bahawa ALLAH Ta’ala menurunkan wahyu kepada sehahagian orang-orang as-siddiqin:
إن لى عبادا من عبادى يحبونى وأحبهم ويشتاقون إلى وأشتاق إليهم ويذكرونى وأذكرهم وينظرون إلى وأنظر إليهم فأن حذوت طريقهم أحببتك وإن عدلت عنهم مقتك قال يارب وما علامتهم قال يراعون الظلال بالنهار كما يراعى الراعى الشفيق غنمه ويحنون إلى غروب الشمس كما يحن الطائر إلى وكره عند الغروب فإذا جنهم الليل واختلط الظلام وفرشت الفرش ونصبت الأسرة وخلا كل حبيب بحبيبه نصبوا إلى أقدامهم وافترشوا إلى وجوههم وناجونى بكلامى وتملقوا إلى بإنعامى فبين صارخ وباك وبين متأوه وشاك وبين قائم وقاعد وبين راكع وساجد بعينى ما يتحملون من أجلى وبسمعى ما يشتكون من حبى أول ما أعطيهم ثلاث أقذف من نورى في قلوبهم فيخبرون عنى كما أخبر عنهم والثانية لو كانت السموات والأرض وما فيها في موازينهم لاستقللنها لهم والثالثة أقبل بوجهى عليهم فترى من أقبلت عليه يعلم أحد ما أريد أن أعطيه
“Bahawa Aku mempunyai hamba-hamba dari hamba-hambaKu, yang mengasihi Aku dan Aku mengasihi mereka. Mereka rindu kepadaKu dan Aku rindu kepada mereka. Mereka mengingati (berzikir) akan Aku dan Aku ingat kepada mereka. Mereka memandang kepadaKu dan Aku memandang kepada mereka. Maka jikalau engkau ikuti jalan mereka, nescaya Aku kasih kepada engkau. Dan jikalau engkau berpaling dan mereka, nescaya Aku kutuk akan engkau”.
Orang as-siddiqin bertanya:
“Wahai Tuhanku’ Apakah tandanya mereka?”.
ALLAH Ta’ala berfirman:
“Mereka memelihara akan naungan di siang hari sebagaimana penggembala yang kasih-sayang memelihara kambingnya.

Mereka rindu kepada terbenamnya matahari, sebagaimana rindunya burung kepada sarangnya ketika matahari terbenam. Apabila mereka ditutupi oleh malam, bercampur-aduk kegelapan, dibentangkan tikar, ditegakkan tempat tidur dan setiap kekasih bersunyi-sepi dengan kekasihnya, nescaya mereka payah berdiri kepada tapak-kaki mereka. berbaring kepada muka mereka. Mereka bermunajah (berbicara) dengan Aku dengan firmanKu, bercumbu-cumbuan kepadaKu dengan kenikmatanKu. Maka di antara yang berteriak dan yang menangis, di antara yang mengadu dan yang mengadu, di antara yang berdiri dan yang duduk, di antara yang ruku’ dan yang sujud, dengan penglihatanKu. akan apa yang mereka tanggung dari keranaKu, dengan pendengaranKu akan apa yang mereka mengadu dari kasihKu.
Yang pertama dari apa yang Aku beri kepada mereka, ialah: tiga:
Aku lontarkan dan nurKu dalam hati mereka. Maka mereka menceritakan dan halKu, sehagaimana Aku menceritakan dari hal mereka.
Kedua, jikalau adalah langit dan bumi dan apa di dalamnya dalam timbangan mereka, nescaya Aku pandang sedikit demikian itu bagi mereka.
Dan ketiga, Aku menghadap dengan WajahKu kepada mereka. Maka engkau melihat akan siapa, yang Aku hadapkan dengan WajahKu kepadanya, yang diketahui oleh seseorang akan apa yang Aku kehendaki akan memberikannya”.
Di petik dari : http://sipsap359.blogspot.com
Subscribe to:
Posts (Atom)