Wednesday, 31 August 2011

Doa Penghapus Kecewa


Kecewa merupakan salah satu fenomena yang sering terjadi di kalangan manusia. kita sebagai hamba Allah yang lemah hendaklah sentiasa yakin pada hikmahNya. Lantaran dek penangan kecewa, ramai yang merana. malah ada yang sanggup mengakhiri nyawa sendiri. dunia tidak akan terkejut bila mendengar seseorang bunuh diri kerana putus cinta. Kenapa ea? Mungkin mentaliti kita terlalu di sogok dengan "aku tidak boleh hidup tanpa kekasih hati ku". Dialah intan, dialah permata, dialah matahari, dialah bulan bintang bagi kita. Pendek kata segla-galanya. 
Namun kita lupa, ada kasih sayang lebih kekal abadi. Kasih sayang yang tidak akan sekali-kali mengecewakan kita iaitu kasih sayang dari ALLAH S.W.T. Dialah yang menciptakan kita, memberi rezeki kepada kita. Dia lah yang layak menjadi "segala-galanya" buat kita. Tanpa Dia, kita tidak akan boleh hidup. Tidak sama sekali. Betapa besar kasih sayang Allah pada kita. Setiap penyakit ada ubatnya kecuali mati. Tadahlah tangan kita pada Yang Esa. Mintalah padaNya.

"Berdoalah kamu kepadaKu nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu." Surah Al-Mukmin : 60

Bagi yang sedang dalam kecewa, cubalah amalkan doa ini. Insyaallah dengan izin Allah s.w.t mampu menyembuhkan hati yang kecewa. Doa ini di petik Ikhtiar Penyembuh Penyakit oleh Tuan Guru Dato Dr Haron Din, terbitan Darussyifa’. Buku ini amat baik. Bolehlah mendapatkannya di pasaran kerana buku ini mengandungi banyak doa-doa yang berguna untuk kita manfaatkan bersama..